Tuesday, August 31, 2004

MERDEKA!!!!!

Ini hari pertama aku dan yang pastinya sempena hari kemerdekaan. Merdeka bagiku punyai makna yang luas...terpulang pada individu sendiri, sama ada yakin untuk terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Merdeka..teringat kenangan semasa kat UiTM dulu, sama2 menyelinap belakang kolej dan terus menyertai kekawan yang dok luar..Pastu sama2 berjalan kaki menuju ke Dataran Shah Alam (sekarang nie Dataran Kemerdekaan) untuk menyaksikan sendiri kemeriahan warga kampus menyambut 31 Ogos 2004. Tahun ni pula, aku sambut ke ofis, menandakan umur aku beranjak setahun lagi. Setahun lagi makin umur berganjak dan setahun lagi aku semakin ke arah kedewasaan yang selama ini aku nantikan..Yang pasti, bila difikirkan kembali, ingin saja aku kembali ke zaman kanak-kanak, zaman yang tidak pernah kenal erti apa itu kesusahan.....

Hanya aku yang mengerti.............................

No comments: