(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)-plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen
& (Z)aps you back to reality...
Tuesday, September 21, 2004
Life could be cruel to you sometimes..
Well the phrase that I referring to are especially for those people, who like to meddle in other peoples business, who also like to interfere and for also those who scared people. In today story, that person is my current boss. He is the kind of person who once knew your weaknesses, will forever use it against you. Beware!! I've been in that kind of situation. First, is when I sent my screen from where I supposed not to.Secondly is when I called in and said I've got MC, but the truth is I never got it. But that time, I really2 sick and the entire office staff knew about it. I went to the clinic the day after as I dont have money to go the day I supposed to go. That is why I haven't got my MC. But the thing is, I blew it. Once he knew I've been lying to him, he scolded me badly, and keep repeating of what I've done. Really hate that time, eventhough he is the one been telling me to see doctor. Quite sad, when I think about it as it sort of messing my life. However this is not the end of the world, and I will try not to think about it as a big matter..Agree with me?
Tuesday, September 14, 2004
Keje malam..
Sejak masuk meja ekonomi ni, aku selalu merindukan shift malam..yelah kalau kat sport atau general, kalau malam mesti sampai pukul 12 malam. Berlainan dengan orang lain, aku sememangnya suka suasana malam di ofis. Tenang dan tidak ramai orang...Lepas tu, time balik mesti ada orang hantar balik..Selain tu, aku suka browse internet malam-malam, yalah banyak info yang boleh dicari tanpa berebut dengan orang lain. Kekadang tu aku sahaja mengharapkan sesuatu kejadian besar berlaku supaya aku boleh jadi bidan terjun untuk buat liputan. Namun nampaknya, semua tu hanya tingal angan-anganku. Aku bukanlah nak tunjuk rajin tapi sememangnya aku memang suka keje malam. Satu faktor lain ialah sememangnya aku susah bangun pagi dan selalu tidur lewat. Maklumlah, mata dah diprogramkan begitu sejak azali lagi..Emm, nampaknya dah sampai masa aku pulang, walaupun sememangnya shift malam aku telahpun berakhir 9 malam tadi..Chiow....
Monday, September 13, 2004
Hari ini betul2 mencabar minda aku..dahlah terkena asgt pasal IT, yang mendalam pasal storage system yang aku selam ni tau hanyalah PC dan CPUku. Abis tu yang datang semuanya rep IT yang dah tau pun psl benda2 camni.apalagi, sakit kepala aku lagi2 ditambah dengan makanan itali dengan main coursenya `kambing'. Hai, semuanya pelik, masuk ofis lepas file story, sakit puan aku datang.Punyelah teruk aku berjalan keliling ofis, tupun nasib baik org x nampak..Setau aku hari pertama jer, benda nie akan datang. Masa aku pulak pelik sebab dia akan dtg menyerang pada hari ketiga atau keempat. Nilah yang terjadi kat aku sekarang..sakit kepala campur sakit puan, yang pasti aku takkan dapat balik awal punyer...itu dah semestinya...chow dulu beb, sakitnya makin terasa.....
Sunday, September 12, 2004
Bila rindu menjelma...
Adalah sekali sepanjang hidup aku ni, aku betul2 minat kat satu mamat ni. Masa tu, aku minat orang lain tapi bila adik angkat aku ada hubungan dengan mamat "R" ni, aku pun terus angkat kaki memandangkan aku memang dah takde harapan masa tu. So, aku dengan jiwa lara ni, tetap dengan keputusan tidak akan meminati budak lelaki sehinggalah aku habis SPM. Tapi yang kelakar ni, tetiba je muncul budak ni yang aku rasa budak baru dalam area aku tinggal tu. Korang mesti tanya kenapa aku tahu pasal dia kan? 1) aku dah duduk sana lebih dari sedekad, mestilah aku kenal muka sorang2 wpun x pernah bercakap. 2) aku tanya kwn aku yg duduk dekat2 umah dia dan dia telah confirmkan yg mamat WAFIE tu (aku pun tak tau sebenarnya nama dia sampailah sekarang) memang budak baru. 3) dia ni memang lain drpd lain, x campur org sangat dan aku selalu perasan yg dia ni selalu dgn kwn2 yang memang aku pun x kenal. Anyway, time goes by dan aku x sangka aku jumpa balik after all these years. Yang kelakarnya, aku tetiba jer ingat saat2 aku minat kat dia. Yelah, dari liat nak bangun pagi pergi sekolah, terus akulah org pertama yg bangun sebelum azan subuh dan yg paling awal tunggu bas. pukul 6.15 aku dah tercacak kat bus stop sebabnya diapun tunggu bas awal. Dia ni mula2 aku ingat dia budak kampung, mana taknya, aku x pernah jumpa sorang budak lelakipun yang pakai kopiah putih pergi sekolah. Itu yang buat aku minat dia, orangnya kurus, tinggi dan selalu bwk beg yang budak sport selalunya akan letak kasut. Hehehe, anyway banyak lagi benda yang pernah aku buat semata2 aku minat kat dia. kelakarkan..bila fikirkan balik, itulah antara perkara paling berani yang pernah aku buat...selain tu, aku pernah tukar kelas tusyen semata2 nak tengok dia tiap2 kelas. Dan yang terakhir dan paling berani sekali masa lepas SPM aku ada hantar surat kat dia. Masa tu puasa dan aku kat Singapura, temankan nenek aku sebab tahun tu adalah tahun pertama Atuk aku meninggal. itulah kali pertama kami sambut puasa tanpanya. Aku antara insan paling terasa kehilangannya sebab aku cucu second atuk selepas Abg Rudie dan paling rapat dengannya. Nenek pulak berada dalam tekanan dan aku selalu tertekan sebab nenek dan makcik aku selalu bertekak, menyebabkan aku selalu dimarahi tanpa sebab. Akupun kebetulan dapat alamat mamat tu dari kwn aku dan takde tempat aku nak curahkan perasaan, jadi aku pun hantarlah kad raya kat dia sambil curahkan perasaan aku kat dia. Bukan curahkan perasaan cinta tapi perasaan tertekan aku sepanjang berada di Singapura. Aku ingat aku takkan jumpa dia lagi dan itulah kali terakhir aku hantar message kat dia, malanglah itulah permulaan sebenarnya..Lepas raya tu, aku jumpa dia balik, dan dia macam kenal aku dan selalu berikan pandangan yang dia kenal aku. Tapi kami x pernah berbual sehinggalah sekarang.Kami akan selalu terserempak dan masing2 akan berpandangan tapi xde kata2 keluar dari mulut kami. Kelakarkan...Mungkinkah sebab surat tu, dia terus mengingati aku sampai sekarang...entahlah tapi yang aku tahu dia telah membuatkan perasaan aku semakin hangat seperti yang aku alami masa zaman persekolahan dulu...
Friday, September 10, 2004
Budget
Hi pening lagi nampaknya..dua hari ni banyak nombor yang bermain dlm kepala aku ni...Maklumlah, budget akan dibentangkan oleh PM ari ni yang buatkan aku pening kepala..apatah lagi sejak ditukarkan ke meja ekonomi ni..banyak benda yang aku tak tahu dan byk benda yang aku belajar...nipun curi masa tulis dalam blog ni sebab lepas ni aku akan sibuk sehinggalah entah pukul berapa malam ini...tupun aku harap takkan ada scene jerit-menjerit...almaklumlah semua orang akan tension dan sakit kepala...aku x kisah kerja teruk sbenarnya, yg penting sibuk camneer pun aku tetap kena maintain tenang dan cool..Yang penting pengalaman yang akan aku hadapi pertama kali dengar budget dan buat budget...Seingat akulah, tahun2 lepasnya, aku x pernah berminat dengan budget memandangkan ianya berkait rapat dengan byk nombor, satu perkara yg senang memeningkan aku..kaylah, masa dah suntuk dan aku kena balik ke ofis sekarang jugak..heheheh
Thursday, September 02, 2004
Yang mana satu?
Em,tentunya korang heran kenapa aku ckp macam nikan..Biasalah, dalam dua hari seminggu tu, mesti ada hari yg membosankan dan korang rasa x nak balik...Hem, macam yang aku rasa sekarang..Semua kawan aku pulak ada plan yg lain...Aku still kat ofis, tengah fikir sama ada nak tgok wayang ke x?Em, mcam mana yer...cerita PGL nampak menarik tapi abang aku nak tengok cerita lain..ALIEN..Bosannya...Kalau korangkan, nak tgok cerita apa?Ikut aku, nak tengok cerita VISIT, cerita hantu tempatan tu, best tau..tapinyer kalo tengok midnight, mesti aku takut nak balik...yelah, benda nie semua merangsang ketakutan aku..x bestnyer....walaupun hakikatnya aku suka tengok cerita hantu...hai nampaknya hati aku lebih tertarik dengan rumah yg mengingatkan aku pada gameboy adikku dan buku cerita Ramlie Awang Mursyid yang baru...Em, camner ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)
