Thursday, October 28, 2004

I wish I can decide now..

Em..ari ni dah ari ke-13 Ramadhan, bermaksud dah 13 ari puasa tapi aku still tak decide lagi mana aku nak raya. Sama ada balik Melaka, Singapura ataupun beraya kat KL ni..Bila dengar lagu hari raya yang dahpun mula berkumandang, hatiku mula berdetik nak balik S'pura. Dah dekat tiga tahun x menjengukkan muka, tapi hati pula berat nak balik. Yang pastinya, parents dan adik lelakiku pasti menjejakkan kaki ke Kota Singa selewat-lewatnya tanggal 2 Syawal. Itupun sebab nak menemaniku di KL yang degil x nak balik. Bukan x nak, tapi disebabkan ini first year aku sebagai "wanita bekerjaya" ni terpaksalah korban sikit, jadi yang pastinya 60% dari hatiku berkata, tahun depan dua minggu aku cuti balik S'pura, hahaha. Yang jadi kemusykilannya, hari ketiga tu aku x tau nak balik Melaka ker atau balik kampung Along. Along tu abang angkat aku..Yer, kami memang adik beradik angkat. Nak balik Melaka, takut kena laser dgn makcik2 aku sebab "terbawak" pakwe (sekarang ni ex) balik kampung, dua tiga bulan lalu. Aku bawak balik pun atas kebenaran parents aku, ingatkan niat baik dan berharap jodoh kami berpanjangan. Ternyata, tak lama lepas bawak dia balik, hubungan kami putus..ternyata,jodoh dan ajal terletak di tangan-Nya. Kita yang sebagai manusia, kadangkala leka dan alpa. Berbalik pasal nak balik kampung tadi, makcik2 aku gerenti tanya pasal dia kan, aku malaslah nak jawab..sebab semuanya dah berlalu. Tapi makcik2 aku ada tabiat yang suka menyalahkan aku atau mengenakan aku (sindirlah tu!) yang menyebabkan aku tawar hati nak balik. Tapi aku rasa kena reconsider balik keputusan aku, just because nenek tersayang. Yelah, takkan ko nak back-off semata2 atas sebab2 yang dah sejarah tu. So, kenalah berani menghadapi. Hatiku 50% berkata, aku akan balik ke Melaka. Malangnya, 50% lagi hatiku berkata, aku nak ikut Along balik, memandangkan ini entah kali keberapa dia ajak aku balik kampung dia tahun ni. Aku pulak selalu sibuk dan susah dapat cuti, itu yang membuatkan aku terkilan tu. Tapi at the same time, aku takut dipersalahkan atas keputusannya putus tunang baru-baru ini. Korang tentunya fikir aku seduce him right? Firstly, eventhough I don't like his fiancee, I don't bother to bother them though..Secondly, after getting engaged, I keep my distance..Thirdly, I met her just once..Fourthly, she is really not Along type..Fifthly, I rather not talk..Jadi, boleh buat kesimpulan kan..Aku bukanlah penyebab..Guess who popped up this idea..my mum.She really thought that I was the reason behind the break-up..Really, eventhough I like him, it never crossed my mind to be the third party and that is why after getting engaged, I keep my distance..See, I wish I can decide..

Sunday, October 24, 2004

Atuk

Em, malam2 begini mengingatkan aku pada seseorang..Entah kenapa sejak tibanya Ramadhan, aku sering diingatkan dengan kenangan2 masa kecil, kenangan itu amat indah, dan kalau boleh aku ingin mengulangi kembali saat2 manis dan berharga dalam diri ini. Insan yang amat aku sayangi dan hormati sehingga kini. Kenangan pertamaku tentunya mengingatkan kembali aku dengan arwah atuk. Insan yang banyak membimbing aku dan banyak memberi semangat kepadaku. Mohd Dom Hussein..nama yg diberi. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 1 Januari 98 bersamaan dengan 2 Ramadhan..Arwah atuk tidak dapat kutemui, menyebabkan rasa terkilanku masih kekal di sanubari ini. Tidak ku sangka suaranya ku dengar seminggu sebelum itu adalah amanat terakhirnya buatku. ..Tanpa aku sedari kehilangannya, membuatkan aku hilang arah seketika, namun aku sempat tersedar lantas aku kejari cita2ku sehingga aku berjaya menamatkan pengajian di universiti selama 4 tahun setengah. "Lihatlah atuk, Zura dah berjaya, kalaulah atuk dapat lihat kejayaan zura ini." Ramadhan ini saksi pemergian arwah atukku, semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah...

Saturday, October 16, 2004

Kembalinya Ramadhan...

Em.pejam celik, pejam celik..dah puasa balik..Sperti kebiasaannya, aku sambut dengan kesederhanaan apatah lagi serba kekurangan. Sesungguhnya puasa ini banyak mengajar aku erti kesabaran dan kepayahan. Bulan mulia ini jugalah yang menyaksikan aku dari kecil sehingga ke usia ini. Meniti hidup, detik demi detik...Aku banyak kenangan di bulan ini..Bulan mulia bagi semua umat manusia yang beragama Islam..Baru-baru ini, aku hantar surat kepada seorang sahabat lama. Dialah sahabat baik aku yang pertama masa sekolah menengah dan dia juga penguat semangat aku masa tu. Namanya ..ANDI SOFYAN MOHD SIDEK..sehingga sekarang aku masih mengingatinya.. Dia antara insan yang menyumbang kepada apa sahaja yang aku alami sekarang ini. Banyak memberi semangat dan dorongan kepada aku. Masa tu, dalam hubungan kami tiada CINTA hanya kasih-sayang seorang kawan kepada sahabatnya.Bagaimanapun, setahun selepas aku mengikuti jejaknya ke menara gading, kami terpisah kerana sebab2 yang aku dan dia sahaja yang tahu. Walaupun sudah lama kami tidak berhubungan, aku harap Ramadhan kali ini menyaksikan hubungan persahabatan kami bertaut kembali kerana dia memang seorang insan yang baik. Walaupun kami tidak berhubungan lagi, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Semoga Ramadhan kali ini menyambung kembali hubungan kami. ....

Thursday, October 07, 2004

Sorry...

Today..i kinda miss a friend..who? a friend who always listen to anything, whether I'm down or I'm over the moon..We kinda close after knowing each other better after become officemate..I always look up at her and admire her intelligent, determination and always wishing to be brave like her. Cause I'm kind of opposite...well i'm not jealous of her...I'm just writing this to say I'm sorry. Yesterday, I sort of blur and give her wrong info until she kind of angry with me. Sometimes, this is my nature, whether I am really blur or I am just stupid enough to make people angry. I'm kinda sensitive and this whole week just another week full of crap and shit. It kinda kill me slowly inside and hopefully this black cloud will soon find their other innocent victim. Sorry..really looking forward to see you tomorrow.

Tuesday, October 05, 2004

It is been a while...

Dah lama rasanya aku x tulis dlm blog aku nie..bukannya lupa, tapi himpitan kerja dan bebanan kerja yang semakin membebankan aku. Baru semalam, aku stress giler sampai menangis depan PC. Aku ingat, itulah second time aku dapat mental block, semata-mata pasal Isa. Kalau aku tahu, gerenti aku x susah payah buat story pelan struktur KL 2020. yang aku sendiri pun tak tahu wpun dah lebih 20 tahun dok kat bandar raya ni. Nasib baik ada kekawan yg mendengar keluhan aku, kalau x mesti mood aku x baik lagi. Anyway, today is better. Itupun pada mulanya nak jadi cam semalam, tapi akhirnya aku survive. Esok, bermula lagi satu episod lain.Yang pasti hidup ni panjang dan aku kena teruskan wpun aku sendiri x suka penghujungnya..