Em, malam2 begini mengingatkan aku pada seseorang..Entah kenapa sejak tibanya Ramadhan, aku sering diingatkan dengan kenangan2 masa kecil, kenangan itu amat indah, dan kalau boleh aku ingin mengulangi kembali saat2 manis dan berharga dalam diri ini. Insan yang amat aku sayangi dan hormati sehingga kini. Kenangan pertamaku tentunya mengingatkan kembali aku dengan arwah atuk. Insan yang banyak membimbing aku dan banyak memberi semangat kepadaku. Mohd Dom Hussein..nama yg diberi. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 1 Januari 98 bersamaan dengan 2 Ramadhan..Arwah atuk tidak dapat kutemui, menyebabkan rasa terkilanku masih kekal di sanubari ini. Tidak ku sangka suaranya ku dengar seminggu sebelum itu adalah amanat terakhirnya buatku. ..Tanpa aku sedari kehilangannya, membuatkan aku hilang arah seketika, namun aku sempat tersedar lantas aku kejari cita2ku sehingga aku berjaya menamatkan pengajian di universiti selama 4 tahun setengah. "Lihatlah atuk, Zura dah berjaya, kalaulah atuk dapat lihat kejayaan zura ini." Ramadhan ini saksi pemergian arwah atukku, semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah...
Sunday, October 24, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment