Saturday, October 16, 2004

Kembalinya Ramadhan...

Em.pejam celik, pejam celik..dah puasa balik..Sperti kebiasaannya, aku sambut dengan kesederhanaan apatah lagi serba kekurangan. Sesungguhnya puasa ini banyak mengajar aku erti kesabaran dan kepayahan. Bulan mulia ini jugalah yang menyaksikan aku dari kecil sehingga ke usia ini. Meniti hidup, detik demi detik...Aku banyak kenangan di bulan ini..Bulan mulia bagi semua umat manusia yang beragama Islam..Baru-baru ini, aku hantar surat kepada seorang sahabat lama. Dialah sahabat baik aku yang pertama masa sekolah menengah dan dia juga penguat semangat aku masa tu. Namanya ..ANDI SOFYAN MOHD SIDEK..sehingga sekarang aku masih mengingatinya.. Dia antara insan yang menyumbang kepada apa sahaja yang aku alami sekarang ini. Banyak memberi semangat dan dorongan kepada aku. Masa tu, dalam hubungan kami tiada CINTA hanya kasih-sayang seorang kawan kepada sahabatnya.Bagaimanapun, setahun selepas aku mengikuti jejaknya ke menara gading, kami terpisah kerana sebab2 yang aku dan dia sahaja yang tahu. Walaupun sudah lama kami tidak berhubungan, aku harap Ramadhan kali ini menyaksikan hubungan persahabatan kami bertaut kembali kerana dia memang seorang insan yang baik. Walaupun kami tidak berhubungan lagi, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Semoga Ramadhan kali ini menyambung kembali hubungan kami. ....

No comments: