Friday, January 21, 2005

ADEQ in memory

Kehilangan, pedih aku rasakan saat ini..Kesal kerana tidak mampu mengucap kata2 terakhir kepadanya. Rindu..rinu yang teramat sangat kepada seorang rakan akrab..Benci..pada diri sendiri kerana sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mengerti perhatian seorang kawan..Aku rasa betul2 kehilangan..Sehingga sekarang saban hari sebelum tidur aku teringat at dia..airmata ini asyik mengalir apabila terpandangkan wajahnya di album..Sentiasa riang, gembira dan dia juga mengajar aku senyum dan menyayangi diri sendiri..Tiada lagi ketawa riang, tiada lagi senyum manja dari seorang kawan yang menerimaku seadanya selama ini..Sentiasa mengambil berat dan sentiasa menunjukkan kasih sayangnya..dialah insan teristimewa yang tak mungkin aku lupa..Tiada kata2 dapat kuungkapkan apabila mendengar berita sedih darinya, cukuplah sekali ini, aku tak mungkin lagi bertahan ..kiranya ada waktu ingin kuputarkan waktu..Namun, menolak kenyataan seolah2 menolak kuasa ALLAH..Hanya DIA sahaja yang berhak keatasmu, damailah engkau di sana semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihiNYA..ALLAHYARHAMAH NOR FAIZAH IDRIS dalam KENANGAN...

No comments: