Friday, February 25, 2005
Keropok
Esok aku ditugaskan untuk menemubual seorang pengusaha keropok lekor..Jadi untuk memantapkan tugas, aku terus mencari bahan-bahan atau latar belakang yang berkenaan dengan industri keropok lekor di Malaysia. Nah..apa yang aku dapat, bukannya tentang sejarahnya tetapi sejumlah pengalaman orang ramai yang melibatkan keropok lekor. Melalu blog mereka, pelbagai ragam, kenangan dan pendapat dilontarkan mengenai keropok lekor, di mana aku pasti makanan ini bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan bahkan warga asing..Bukan sahaja makanan ini popular bahkan menjadi sebutan pasa setiap peminatnya..Yang pasti, kenangan menemubual pengusaha keropok lekor esoknya pasti akan memberi impak yang tidak akan berakhir padaku :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment