Thursday, May 26, 2005
"Bahagialah mereka yang tahu apa yang mereka cari dalam hidup", sepotong ayat yang sesungguhnya membuatkan aku termenung sejenak. Sepanjang hidup aku, tiada impian yang sahih yang aku idam2kan. Setelah menjawat jawatan impian aku, aku ingat berakhirlah segala impian, namun impian tak seindah yang kita idamkan. Ternyata, lebih banyak tanggungjawab yang harus aku pikul lebih2 lagi selepas bekerjaya. Memang indah bila dapat apa yang kita mahukan, tapi untuk mengekalkannya perlukan ketabahan yang cekal. Entahlah, aku masih tercari2 maksud hidup. Apakah selama ini aku hidup untuk membahagiakan diri ataupun membahagiakan orang lain. Ianya memang sukar untuk ditelan, tapi aku mengakui masih jauh perjalanan yang harus aku tempuh. Dan sehingga hari itu tiba, di waktu aku sudah pun tahu apa yang aku cari, aku akan merasa amat bahagia. Memanglah manusia memang tidak puas dengan apa yang dimiliki, tapi itulah penanda kebahagiaan. Bagiku kebahagiaan keluargaku adalah kebahagiaan ku. Mungkin jawapannya lima tahun akan datang, siapa tahu??????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment