Tuesday, May 03, 2005
Perkahwinan
Dengan lafaz kali kedua, Kak Nina sah menjadi isteri Abang Yin..Dengan wajah yang sedikit malu, dia mencium tangan Abg Yin dengan syahdunya sambil diperhatikan kaum kerabat seluruhnya. Berakhirlah penantian si dara, dan bermulalah penghidupan baru. Sesekali, aku terfikir, perkahwinan bakal menggabungkan dua jiwa menjadi satu kehidupan dan ini baru sahaja permulaan kepada kehidupan yang baru itu. Indahnya..walau bagaimana ia akan bermula, ianya tentu menarik. Dengan restu kedua belah keluarga, tentunya akan memberi seakan rahmat kepada pasangan mempelai baru itu. Bila melihatkan senyuman yang mekar daripada si suami yang seakan lega dengan pernikahan itu, menyebabkan aku berfikir, mampukah aku untuk melalui semua saat itu nanti. Bersediakah aku, walaupun sesungguhnya pernikahan dua jiwa itu merupakan penyatuan pasangan kekasih yang ingin hidup bersama. Mampukah aku untuk menyerahkan segalanya kepada orang yang sebelum ini asing dalam hidupku..Aku fikir satu kekuatan bagi semua pasangan yang bercinta sehingga berjaya meneruskan percintaan ke jinjang pelamin. Indahnya..tetiba anganku dimusnahkan dengan ketiadaan calon itu dalam hidupku..hehehe.Mungkin masanya belum tiba dan yang nyata aku ingin melalui saat-saat indah itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment