Adalah sekali sepanjang hidup aku ni, aku betul2 minat kat satu mamat ni. Masa tu, aku minat orang lain tapi bila adik angkat aku ada hubungan dengan mamat "R" ni, aku pun terus angkat kaki memandangkan aku memang dah takde harapan masa tu. So, aku dengan jiwa lara ni, tetap dengan keputusan tidak akan meminati budak lelaki sehinggalah aku habis SPM. Tapi yang kelakar ni, tetiba je muncul budak ni yang aku rasa budak baru dalam area aku tinggal tu. Korang mesti tanya kenapa aku tahu pasal dia kan? 1) aku dah duduk sana lebih dari sedekad, mestilah aku kenal muka sorang2 wpun x pernah bercakap. 2) aku tanya kwn aku yg duduk dekat2 umah dia dan dia telah confirmkan yg mamat WAFIE tu (aku pun tak tau sebenarnya nama dia sampailah sekarang) memang budak baru. 3) dia ni memang lain drpd lain, x campur org sangat dan aku selalu perasan yg dia ni selalu dgn kwn2 yang memang aku pun x kenal. Anyway, time goes by dan aku x sangka aku jumpa balik after all these years. Yang kelakarnya, aku tetiba jer ingat saat2 aku minat kat dia. Yelah, dari liat nak bangun pagi pergi sekolah, terus akulah org pertama yg bangun sebelum azan subuh dan yg paling awal tunggu bas. pukul 6.15 aku dah tercacak kat bus stop sebabnya diapun tunggu bas awal. Dia ni mula2 aku ingat dia budak kampung, mana taknya, aku x pernah jumpa sorang budak lelakipun yang pakai kopiah putih pergi sekolah. Itu yang buat aku minat dia, orangnya kurus, tinggi dan selalu bwk beg yang budak sport selalunya akan letak kasut. Hehehe, anyway banyak lagi benda yang pernah aku buat semata2 aku minat kat dia. kelakarkan..bila fikirkan balik, itulah antara perkara paling berani yang pernah aku buat...selain tu, aku pernah tukar kelas tusyen semata2 nak tengok dia tiap2 kelas. Dan yang terakhir dan paling berani sekali masa lepas SPM aku ada hantar surat kat dia. Masa tu puasa dan aku kat Singapura, temankan nenek aku sebab tahun tu adalah tahun pertama Atuk aku meninggal. itulah kali pertama kami sambut puasa tanpanya. Aku antara insan paling terasa kehilangannya sebab aku cucu second atuk selepas Abg Rudie dan paling rapat dengannya. Nenek pulak berada dalam tekanan dan aku selalu tertekan sebab nenek dan makcik aku selalu bertekak, menyebabkan aku selalu dimarahi tanpa sebab. Akupun kebetulan dapat alamat mamat tu dari kwn aku dan takde tempat aku nak curahkan perasaan, jadi aku pun hantarlah kad raya kat dia sambil curahkan perasaan aku kat dia. Bukan curahkan perasaan cinta tapi perasaan tertekan aku sepanjang berada di Singapura. Aku ingat aku takkan jumpa dia lagi dan itulah kali terakhir aku hantar message kat dia, malanglah itulah permulaan sebenarnya..Lepas raya tu, aku jumpa dia balik, dan dia macam kenal aku dan selalu berikan pandangan yang dia kenal aku. Tapi kami x pernah berbual sehinggalah sekarang.Kami akan selalu terserempak dan masing2 akan berpandangan tapi xde kata2 keluar dari mulut kami. Kelakarkan...Mungkinkah sebab surat tu, dia terus mengingati aku sampai sekarang...entahlah tapi yang aku tahu dia telah membuatkan perasaan aku semakin hangat seperti yang aku alami masa zaman persekolahan dulu...
Sunday, September 12, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
wah wah wah...panjangnya entry:) anyway, buat budget 2005 was not tht bad kan Bai?
Post a Comment