Wednesday, March 09, 2005

Umurku baru 24 tahun ini..tapi aku rasa dah banyak benda aku lalui..Saat2 kematian, tanggungjawab, kerja dan lain-lain lagi..Masa kecil, bila tengok orang dewasa, tak sabar nak melangkah ke alam kedewasaan..Tetapi bila dah dewasa, rasanya bagai mahu pulang ke-usia remaja..Usia di mana aku masih boleh lari dari tanggungjawab. Tapi..ini bukan bermakna aku dah bosan dan ingin lari dari hidup..tetapi aku cuma mahu berehat sebentar. Kalau boleh mahu kembali kepada perasaan berusia 17 tahun..Walaupun sibuk dengan SPM, tapi semasa umur itulah aku rasakan keseronokan hidup ini..Hairan bukan..tapi ini kenyataan..Hanya AKU dan AKU sahaja yang mengetahui apa yang berlaku ketika itu..Masa itulah aku rasa hidup ini INDAH...

No comments: