Sunday, May 29, 2005
Dewa..mungkinkah penyambung....????
Malam tadi aku saksikan konsert Dewa secara live. Pertama kali aku melangkahkan kaki ke konsert dan aku sukakannya. Al-maklumlah, aku memang x suka berada di tempat yang sesak sangat tetapi suasana semalam agak berlainan. Semua yang datang membawa tujuan yang sama, semuanya amat menyukai Dewa..walaupun aku baru setahun dua mengenali kumpulan ini, aku amat sukakannya. Tapi aku terkilan sebab tidak dapat bersama2 mereka menyanyikan lagu2 lama mereka seperti Bunga..bukan x nak tapi aku tak tahu.Sedih betul..Nasib baik mereka nyanyikan lagu2 daripada album sebelum Laskar Cinta. Aku rasa dua album tu saja yang aku ada. Yang amat penting, aku bersama seseorang yang pernah mendiami sudut hati ini. Amir..Entah kenapa aku rasa amat senang sekali berbual dengan dia. Masa bercinta dulu, kami x pernah menghabiskan masa begini..akhirnya cinta yang baru tersemai..hilang begitu sahaja mengikut edaran masa..Dia kekasih yang pertama, masa tu baru berusia 20 tahun. Agak mentah dan tidak matang, masing2 dengan cita-cita masing-masing. Sekarang, masing2 berusia 24 tahun. Mungkinkah ianya berubah? Entahlah..bila fikir balik amat susah, tak mahu rasanya terperangkap. Masa konsert semalam, banyak lirik Dewa yang membuatkan aku berperang dengan perasaan sendiri. Bermacam perasaan timbul..gembira, pilu, sedih, semuanya bergilir-bergilir mengambil tempat. Bersama dengannya semalam, bagai mencuri masa silam..masa silam yang tidak pernah hadir..mungkinkah aku perlu kembali ke masa silam atau sekadar singgah, mengambil barang yang hilang dan meneruskan perjalanan hidupku seorang diri pada masa depan. entahlah, mungkin masa akan menentukan segalanya, mungkin juga inikah peluang baru untuk memulakan sekali lagi cinta?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment