Saturday, May 28, 2005
Music of my heart
Aku tetiba teringat semasa kecil, bonda selalu menyanyikan aku lagu. Walaupun x ingat, kadangkala irama itu berlegar-legar di dalam mindaku. Perkara yang sama aku lakukan semasa adikku kecil. Masa tu umurnya empat tahun dan aku berada di dalam darjah enam. Walaupun katanya dia x suka lagu tu, tak sangka dia masih ingat lirik lagu yang sering aku nyanyikan untuk dia tidur. Kadang2 mengambil kesempatan bermanja denganku, dia menyuruhku menyanyikan lagu itu walaupun hakikatnya suara ku tidak selunak mana pun. Kini dia berusia 17 tahun. Hebatkan bagaimana lagu memainkan peranan dalam hidup seseorang. Yang pasti, kalau sehari x dengar lagu2 kesukaan ku, aku x boleh bekerja. Walkman akan sentiasa berada dalam beg termasuk juga kaset2 kegemaran, kadangkala aku rasa jumlah berat beg aku sebenarnya disumbangkan oleh sebahagian daripada kaset2 itu. Dengan kesesakan lalulintas setiap hari, lagu membantu aku daripada sakit kepala akibat kesesakan. Kegemaranku pastinya Dewa, Padi, S07, Peter Pan, Cokelat, Melly, Buble', Ari Lasso and Amy Mastura. Setiap lagu mempunyai makna dan irama tersendiri. Ianya boleh membangkitkan perasaan mengikut irama dan lirik lagu. Aneh tetapi benar! Paling tidak, ianya bisa mengosongkan kocekku setiap bulan :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment